Persidangan Cyber Security Asia 2022

Tarikh: 2022-08-15

Kuala Lumpur, 15/8/2022 - Persidangan Cyber Security Asia 2022 yang diadakan pada 15-16 Ogos 2022 dihadiri oleh 2 orang pegawai Bahagian Keselamatan Siber dan juga dari KSIT Jabatan Air Negeri Sabah. Dengan tema "Developing Cyber Resilience for a Future Ready Organization", persidangan tahunan bertaraf antarabangsa ini menampilkan penceramah dan panelis perbincangan dari pelbagai negara termasuk Australia, India, Ukraine, Singapura, Filipina, Indonesia dan Malaysia. Persidangan kali ini memberi penekanan terhadap jenayah dan serangan siber yang terus meningkat melalui pencerobohan data dan perisian tebusan (ransomware). Ia membincangkan keperluan membina strategi keselamatan yang lebih luas dan berpemikiran ke hadapan (forward-thinking), dibantu oleh penyelesaian teknologi yang sepadan, demi meminimakan risiko dan melangkah ke masa depan digital dengan lebih yakin.